Tuesday, 16 August 2011

EDISI RAMADHAN ~


IBADAH PUASA

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah 
dikurniakan dengan 5 perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada
 sesiapa pun sebelum mereka iaitu :
*Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah 
daripada bau haruman kasturi. 
*Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah 
mereka berbuka puasa.
*Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian
berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang 
taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan 
mendatangimu." 
*Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan/dibelenggu supaya tidak
menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada 
bulan-bulan selain Ramadhan.
*Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.
"Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu
malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang
yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

P/S: SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA :-)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...